Covid-19: Negara dijangka terus 'berperang' hingga tahun hadapan

Negara dijangka terus berdepan dengan pandemik Covid-19 sehingga tahun hadapan. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Negara dijangka terus berdepan dengan pandemik Covid-19 sehingga tahun hadapan. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PUTRAJAYA - Negara dijangka akan terus 'berperang' dengan pandemik koronavirus (Covid-19) sehingga tahun hadapan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menegaskan paling penting ialah melakukan perancangan menghadapi virus itu.

"Masalah sekarang ialah bagaimana kita mahu merancang strategi keluar ( exist plan) sehingga tahun depan," katanya.

Menurutnya, jika tidak mampu menamatkan kes, kerajaan akan berusaha mengurangkan jangkitan kes.

"Apa yang penting sekarang kita (tindakan) kurangkan kes, jika tidak dapat tamatkan kes, mungkin akan ada kluster atau kes terpencil iaitu satu atau dua kes sporadik," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata, selagi tiada vaksin ditemukan untuk mengubati wabak itu, langkah mempertahankan diri daripada dijangkiti adalah paling berkesan.

"Kita perlu menggunakan kaedah kesihatan awam iaitu pencegahan lebih baik daripada rawatan.

"Biasanya untuk kajian vaksin akan mengambil masa setahun atau lebih.

Artikel Berkaitan:

"Jadi sebelum kita dapat vaksin kita kena ubah gaya hidup seperti pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berharap vaksin akan ditemui dalam masa terdekat susulan pelbagai kajian yang telah dijalankan.

"Itu harapan kita," katanya.