Tiada arahan henti tindakan rumah ibadat tanpa izin - Amirudin

Amirudin berkata, tiada arahan pemberhentian tindakan terhadap rumah ibadat tanpa izin.
Amirudin berkata, tiada arahan pemberhentian tindakan terhadap rumah ibadat tanpa izin.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menegaskan tiada arahan pemberhentian tindakan terhadap rumah ibadat tanpa izin di negeri ini, sebaliknya penyelarasan semula proses dilaksanakan bagi melicinkan tindakan penguatkuasaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penyelarasan itu mengambil kira pandangan pelbagai pihak terutama pengurusan rumah ibadat terbabit.

"Pertama, tiada arahan pemberhentian tindakan terhadap rumah ibadat tanpa izin.

"Kedua, penyelarasan semula dilaksanakan mengambil kira pandangan terutama daripada pihak pengurusan rumah ibadat antaranya bagi mengelakkan penggunaan pita amaran," katanya menerusi aplikasi Thread pada Isnin.

Terdahulu, Pendakwah bebas, Firdaus Wong mempersoalkan sama ada mesyuarat antara kerajaan Selangor dengan pihak berkaitan isu penguatkuasaan rumah ibadat tanpa izin benar-benar diadakan serta apakah keputusan yang dicapai.

Firdaus berkata, persoalan itu timbul susulan arahan supaya Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Selangor bersama Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN menyelaras perjumpaan Menteri Besar Selangor bersama Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas LIMAS, Pegawai Daerah dan Datuk Bandar atau Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan (PBT).

Firdaus mempersoalkan dakwaan berhubung surat jemputan bertarikh 3 Ogos lalu yang dikatakan menggunakan kepala surat Pejabat Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor untuk menghadiri mesyuarat pada 7 Ogos.

Firdaus turut meminta penjelasan mengenai hasil mesyuarat itu termasuk sama ada terdapat sebarang keputusan berkaitan status rumah ibadat tanpa izin, pemberian tanah gantian atau perkara lain.

Selain itu, beliau mempersoalkan dakwaan hanya pegawai Pejabat Daerah dan Tanah berbangsa India dijemput ke mesyuarat itu dan meminta kerajaan negeri menjelaskan tujuan pemilihan peserta terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Adakah mahu diberikan tanah ganti atau kelulusan tanah atas geran?” soal beliau.

Firdaus turut meminta penjelasan sama ada perkara itu selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 9 Februari lalu berhubung pembinaan kuil tanpa kebenaran.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!