Florida buka pantai, penduduk berpusu untuk beriadah

Sebahagian penduduk yang ditemubual CNN.- Foto Portal CNN
Sebahagian penduduk yang ditemubual CNN.- Foto Portal CNN
A
A
A

JACKSONVILLE - Pantai dan taman di Jacksonville, Florida mula dibuka Jumaat lalu walaupun negara lain masih mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan dalam usaha memerangi wabak Covid-19.

Menurut CNN, pemandangan di Pantai Jacksonville agak membimbangkan apabila orang ramai dilihat tidak mengamalkan langkah keselamatan.

Penduduk pula sebelum ini merungut kerana tidak dapat pergi ke pantai.

Orang ramai juga mula keluar dengan tuala, penyejuk badan dan ada yang berjemur tetapi hanya segelintir sahaja yang memakai topeng muka.

Menurut laman web Jacksonville, pantai akan dibuka dari jam 6 hingga 11 pagi dan dari jam 5 hingga 8 malam setiap hari tetapi dengan beberapa sekatan.

“Aktiviti rekreasi seperti berlari, berbasikal, mendaki dan berenang akan dibenarkan semasa pembukaan semula ini,” tulisnya.

Bagaimanapun, aktiviti seperti berjemur atau aktiviti berkumpulan tidak dibenarkan di pantai pada waktu larangan dan barangan seperti tuala, selimut, kerusi, penyejuk dan gril turut tidak dibenarkan dibawa bersama.

"Ini akan menjadi permulaan untuk jalan menuju kehidupan yang normal," kata Datuk Bandar Jacksonville, Lenny Curry.

Artikel Berkaitan:

Dia juga berharap orang ramai menghormati syarat yang ditetapkan supaya keselamatan diri dan jiran dapat dijaga.