Lelaki dipukul tiga individu selepas hantar rakan wanita pulang

Tangkap layar rakaman video tular memaparkan pengadu disyaki dipukul tiga individu di Ampang Jaya pada Sabtu.
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan pengadu disyaki dipukul tiga individu di Ampang Jaya pada Sabtu.
A
A
A

AMPANG JAYA – Seorang lelaki dipukul tiga individu, selepas kenderaan dipandunya melanggar beberapa kereta yang diparkir di tepi jalan di Pangsapuri Seri Intan Jalan Lembah Jaya Taman Dagang Permai, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi, lelaki berkenaan menghantar seorang rakan wanita pulang ke kediamannya.

"Sebelum itu, pengadu mengambil wanita berkenaan dari rumah untuk melakukan aktiviti mendaki di Bukit Melati Nilai.

“Pengadu kemudian menghantar wanita itu pulang ke rumahnya di pangsapuri berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Khairul Anuar berkata, ketika berada di lokasi tersebut, pengadu didatangi tiga lelaki tidak dikenali.

"Salah seorang daripada lelaki berkenaan mengetuk cermin tingkap sebelah pemandu dan meminta pengadu keluar dari kenderaan.

“Dalam keadaan ketakutan, pengadu terus memecut kenderaannya sebelum melanggar beberapa buah kereta yang diparkir di tepi jalan," katanya.

Menurutnya, pengadu kemudiannya diekori sebelum ditahan dan dipukul oleh ketiga-tiga lelaki terbabit di hadapan sebuah pangsapuri.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!