Pelajar maut di asrama: Polis siasat dakwaan mangsa dipukul kerana vape

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, polis masih menyiasat kemungkinan wujud unsur buli berhubung kematian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah asrama sekolah.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, polis masih menyiasat kemungkinan wujud unsur buli berhubung kematian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah asrama sekolah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis masih menyiasat kemungkinan wujud unsur buli berhubung kematian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah asrama sekolah di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, selain itu pihaknya juga menerima maklumat dan menyiasat dakwaan bahawa mangsa dipukul kerana disyaki menghisap vape.

“Maklumat itu (mangsa dipukul dipercayai kerana hisap vape) diterima dan masih lagi dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Astro Awani, pada Ahad. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini tiada tangkapan baharu dibuat, manakala beberapa keterangan susulan akan diambil bagi melengkapkan kertas siasatan.

Alzafny menambah, setakat ini keputusan bedah siasat belum diperoleh kerana pihak polis masih menunggu laporan daripada Jabatan Kimia.
Alzafny menambah, setakat ini keputusan bedah siasat belum diperoleh kerana pihak polis masih menunggu laporan daripada Jabatan Kimia.

ARTIKL BERKAITAN: Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuli

Pelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buli

Pelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahan

Artikel Berkaitan:

Pelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahun

Mangsa, Muhammad Idlan Fareeq Shahril, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama sekolah sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.
Mangsa, Muhammad Idlan Fareeq Shahril, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama sekolah sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.

“Tiada tangkapan baharu, siasatan masih dijalankan sama ada wujud buli atau tidak sebelum ini.

“Tiada lagi percakapan baharu diambil, cuma ada beberapa sambungan percakapan akan dibuat bagi melengkapkan kertas siasatan,” ujarnya.

Alzafny menambah, setakat ini keputusan bedah siasat belum diperoleh kerana pihak polis masih menunggu laporan daripada Jabatan Kimia.

Semalam, media melaporkan Alzafny berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang melanggar peraturan sekolah.

Susulan itu, seorang pelajar tingkatan empat dipercayai menegur dan “menghukum” mangsa berhubung kesalahan berkenaan.

Setakat Sabtu, polis telah merekodkan keterangan 21 individu termasuk pelajar, guru dan ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan.

Media sebelum ini melaporkan mangsa, Muhammad Idlan Fareeq Shahril, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama sekolah sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Seremban, dan kemudian disahkan meninggal dunia.

Susulan kejadian itu, seorang pelajar tingkatan empat direman selama enam hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!