Jangan ‘swastakan’ tanggungjawab didik anak kepada guru, sekolah - Asyraf Wajdi

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

SHAH ALAM - Ibu bapa tidak seharusnya mempunyai mentaliti untuk ‘menswastakan’ sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru dan pihak sekolah.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tanggungjawab mendidik anak-anak seharusnya bermula daripada institusi keluarga.

“Ibu bapa jangan sesekali bermentaliti ‘menswastakan’ tanggungjawab mendidik anak-anak sepenuhnya kepada guru dan sekolah. Jangan pula gajet dijadikan pengganti kasih sayang, perhatian dan komunikasi.

"Rumah tetap madrasah pertama pembentukan peribadi anak-anak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

Sebelum ini, media melaporkan Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, yang ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) pada Jumaat malam.

Asyraf Wajdi turut mengaitkan kepentingan peranan ibu bapa dalam usaha membentuk generasi yang mempunyai nilai agama dan sahsiah baik.

“Akhirnya karakter mereka banyak mencerminkan didikan, teladan serta suasana yang mereka lihat dan rasai daripada kita. Paling utama, agama tetap menjadi akar penting pembentukan jati diri anak-anak,” ujarnya lagi.

Hantaran berkenaan turut disertakan tanda pagar #SifarBuli, #YouTouchYouGo, #PerananIbubapa dan #BinaGenerasiQuranik.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!