Malaysia raih mata pertama

Regu pertama negara memberikan mata pertama dalam aksi final acara regu berpasukan menentang Thailand pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026. - Foto: FB Bolarotan TV.
Regu pertama negara memberikan mata pertama dalam aksi final acara regu berpasukan menentang Thailand pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026. - Foto: FB Bolarotan TV.
A
A
A

SKUAD sepak takraw negara memulakan misi untuk mengakhiri penantian 36 tahun bagi meraih emas acara regu berpasukan pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dengan langkah positif.

Regu utama negara yang dibarisi Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Mohamad Azlan Alias dan Farhan Adam mengutip mata pertama setelah menewaskan Thailand 2-1 sebentar tadi.

Trio negara menang set pertama 15-9 ke atas musuh tradisi yang membariskan Phorntep Tinbangbon, Phutawan Sopa dan Pichet Pansan.

Thailand bagaimanapun bangkit pada set kedua 15-5 untuk mengheret saingan ke set penentuan.

Debaran yang menyajikan peminat diakhiri dengan keputusan melegakan apabila Syahir, Azlan dan Farhan mengesahkan mata pertama dengan keputusan 15-11.

Kali terakhir Malaysia menaiki podium tertinggi acara regu berpasukan dalam temasya itu adalah pada Sukan Asia Beijing 1990.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!