Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama

Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama tetapi menyusut berbanding dolar AS pada Khamis.
Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama tetapi menyusut berbanding dolar AS pada Khamis.
A
A
A

RINGGIT dibuka tinggi berbanding mata wang utama tetapi menyusut berbanding dolar AS pada Khamis berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan jangkaan kenaikan kadar faedah seterusnya oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS menyokong mata wang negara itu.

Pada jam 8 pagi, ringgit menurun kepada 4.0835/0910 berbanding dolar AS daripada 4.0780/0825 semasa ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, jangkaan kenaikan kadar faedah seterusnya oleh Fed AS pada tahun ini menyokong Indeks Dolar AS (DXY), yang meningkat 0.49 peratus kepada 101.096 di samping sentimen perniagaan yang lebih baik.

"Indeks Pengeluaran Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Komposit AS meningkat kepada 58.4 mata pada September, paras tertinggi dalam tempoh 62 bulan.

"Selain itu, kenyataan oleh Gabenor Fed AS Michael Barr memberi petunjuk bahawa Fed dijangka meneruskan kitaran kenaikan kadar faedahnya pada tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh dua tahun dan 10 tahun, masing-masing melonjak sebanyak 14 dan 15 mata asas kepada 4.85 peratus dan 5.11 peratus.

Oleh itu, katanya ringgit dijangka diniagakan antara RM4.08 dan RM4.10 berbanding dolar AS hari ini.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding euro kepada 4.6482/6568 daripada 4.6522/6573 semasa ditutup pada Rabu dan naik berbanding pound kepada 5.4061/4161 daripada 5.4156/4216 sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Ringgit turut meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5802/5852 daripada 2.5836/5868 sebelum ini.

Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1897/1958 daripada 3.1909/1947 semasa ditutup pada Rabu dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.2078/2364 daripada 12.2599/2782.

Bagaimanapun, mata wang tempatan menurun berbanding rupiah Indonesia kepada 229.1/229.6 daripada 228.8/229.2 dan berubah sedikit berbanding peso Filipina kepada 6.52/6.53 daripada 6.51/6.52 sebelum ini.- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!