Van bawa 10 jururawat pelatih terbalik

Sembilan individu termasuk pemandu cedera selepas van milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang membawa sekumpulan jururawat pelatih terbabit kemalangan berhampiran Little India Ipoh pagi Rabu.
Sembilan individu termasuk pemandu cedera selepas van milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang membawa sekumpulan jururawat pelatih terbabit kemalangan berhampiran Little India Ipoh pagi Rabu.
A
A
A

IPOH – [DIKEMAS KINI] Sebuah van membawa 11 penumpang termasuk jururawat pelatih terbalik selepas bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Iskandar-Jalan Sultan Yussof di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 7.25 pagi ketika van berkenaan dalam perjalanan dari arah Pekan Baharu.

Menurutnya, van berkenaan membawa seorang pemandu bersama 11 penumpang, manakala kereta terbabit dipandu seorang individu dari arah Little India menghala ke Padang Ipoh.

“Setibanya di lokasi kejadian, pemandu van dipercayai gagal mematuhi lampu isyarat sebelum meneruskan perjalanan dan bertembung dengan kereta berkenaan di tengah persimpangan.

Seramai 11 individu termasuk pemandu berada di dalam kenderaan berkenaan ketika kejadian.
Seramai 11 individu termasuk pemandu berada di dalam kenderaan berkenaan ketika kejadian.

“Akibat pelanggaran itu, van terbabit terbalik,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, tiga penumpang van mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya pemandu van bersama lapan lagi penumpang serta pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Najib berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pihak polis.

Beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi lampu isyarat dan peraturan lalu lintas serta mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya.

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!