Bertengkar, bergelut dalam balai polis

NURULHUDA
NURULHUDA
A
A
A

KLANG - Akibat tidak mengendahkan amaran polis, dua lelaki yang bergelut di dalam balai ditahan di Balai Polis Bukit Raja, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, anggota balai terbabit telah didatangi seorang lelaki sebelum disusuli seorang lagi lelaki lain.

Menurutnya, kedua-dua mereka saling menyerang antara satu sama lain sehingga berlakunya pergelutan.

"Anggota polis yang berada di kaunter aduan telah memberi amaran supaya mereka tidak bergaduh di dalam balai kerana ianya adalah satu kesalahan.

"Salah seorang lelaki terbabit juga telah merakam kejadian tersebut dengan telefon bimbit miliknya yang kemudiannya telah tularkan di dalam media sosial," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu katanya, kedua-dua suspek terbabit kemudian ditahan dan telah direman tiga hari sehingga Rabu.

Katanya, tiga kertas siasatan telah dibuka melibatkan kejadian tersebut mengikut Seksyen 90 Akta Polis (berkelakuan tidak senonoh di dalam balai) dan Seksyen 22(b) Akta Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Selain itu, kita turut melakukan siasatan terhadap dua laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua suspek.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah) dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan (mendatangkan bencana)," katanya.