Warga asing rindu bantu jemaah masjid

Faizal menghubungi Mohiuddin bagi bertanya khabar. - Foto Facebook Masjid Al-Mukminin
Faizal menghubungi Mohiuddin bagi bertanya khabar. - Foto Facebook Masjid Al-Mukminin
A
A
A

SINGAPURA - Ramadan yang bakal dilalui umat Islam Jumaat ini mungkin berbeza di seluruh dunia termasuk Singapura kerana tiada lagi ibadah di masjid termasuk solat sunat tarawih.

Lapor MediaCorp, seorang seorang Pegawai Pendakwah Masjid Al-Mukminin, Faizal Wahab memuat naik video beliau bertanya khabar seorang pekerja warga Bangladesh yang sentiasa membantu menyediakan iftar dan sahur di masjid setiap kali Ramadan.

Pekerja yang dikenali sebagai Mohiuddin itu memberitahu, dia membuat kerja amal sebagai sukarelawan untuk program di masjid Al-Mukminin, di sini.

"Ramadan menjadi sebahagian penting dalam kehidupan kami kerana jauh dari keluarga tersayang.

"Kami sedih, Ramadan kali ini tidak dapat membantu iftar dan sahur. Ramadan mengingatkan kami bahawa kita satu keluarga apabila kami menjalankan acara iftar dan sahur kepada mereka yang datang ke masjid.

"Apabila tiba Ramadan, kami bersama saudara Islam di sini berkumpul melakukan ibadah tetapi tahun ini, aktiviti itu tidak dapat dilakukan kerana wabak koronavirus (Covid-19)," katanya.

- Foto Facebook Masjid Al-Mukminin
- Foto Facebook Masjid Al-Mukminin

Mohiuddin juga memberitahu, seramai 10 rakannya sudah mula membaca al-Quran.

Artikel Berkaitan:

Faizal memberitahu, warga Bangladesh sentiasa membantu membersihkan masjid selepas pulang dari kerja dan mereka tidak pernah berkira walapun kepenatan.

"Saya dan pihak pengurusan merindui mereka dan saudara-saudara lain. Insya-ALLAH jika semua berjalan lancar dan Covid-19 berakhir, kami akan bertemu dan buat makan-makan." ujarnya.

Melalui video itu, Faizal sempat berpesan supaya pekerja asing itu menghubungi pihak masjid jika memerlukan sebarang bantuan.

Beliau juga akan menyediakan kursus-kursus keislaman secara dalam talian untuk Mohiuddin dan rakan-rakannya.