Amaran ribut petir, hujan lebat di Labuan, lima negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Wilayah Persekutuan Labuan serta lima negeri. Foto hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Wilayah Persekutuan Labuan serta lima negeri. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Wilayah Persekutuan Labuan serta lima negeri hingga 11 malam ini. 

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat di Kelantan ialah Gua Musang, manakala di Terengganu membabitkan Hulu Terengganu dan Dungun.

Di Pahang, amaran melibatkan Jerantut, Lipis, Cameron Highlands dan Raub, manakala di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kapit, Bintulu, Mukah (Mukah), Miri, Limbang dan Kuching (Lundu).

Sementara itu, di Sabah kawasan terlibat ialah Pedalaman serta Pantai Barat (Papar, Penampang dan Putatan) dan Sandakan (Telupid, Tongod, Kinabatangan, Sandakan, Labuk dan Sugut). - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!