Maqis Johor rampas 25,110 kg lemon berkulat

Buah lemon yang berkulat.
Buah lemon yang berkulat.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor merampas 25,110kg lemon dalam pemeriksaan di Pelabuhan Tanjung Pelepas di sini pagi tadi.

Pengarah Maqis Johor, Nur Afifah A Rahman berkata, pemeriksaan dijalankan dua orang pegawai penguat kuasa Maqis pada konsainan yang dibawa telah menemui buah lemon rosak dan berkulat.

"Buah lemon seberat 25,110kg yang dianggarkan bernilai RM165,081.93 itu dipercayai diimport dari Sepanyol untuk dipasarkan di pasaran tempatan.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati buah lemon yang rosak dan berkulat tersebut diletakkan bersama-sama dengan buah lemon yang masih elok dalam satu kotak yang sama," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pegawai Magis Johor memeriksa stok buah lemon yang dirampas selepas dipercayai sudah berkulat dalam pemeriksaan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Iskandar Puteri di sini hari ini.
Pegawai Magis Johor memeriksa stok buah lemon yang dirampas selepas dipercayai sudah berkulat dalam pemeriksaan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Iskandar Puteri di sini hari ini.

Menurutnya, dagangan buah berkenaan ditahan dan akan disiasat di bawah seksyen 14(a) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengimport keluaran pertanian dengan perosak, penyakit atau bahan cemar.

"Maqis terus komited dalam menjalankan pemeriksaan bagi aktiviti pengimportan keluaran pertanian di pintu masuk negara bagi mengekang kemasukan sebarang perosak dan penyakit berbahaya ke dalam negara serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan," katanya.

Artikel Berkaitan: