Suspek kes rogol wanita Mongolia bebas dengan jaminan polis

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pegawai polis berpangkat Inspektor yang disyaki merogol dua wanita warga Mongolia di sebuah hotel dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya kini sedang menunggu arahan lanjut dari pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

"Kita mendapati tidak ada keperluan untuk menahannya lebih lama selepas soal siasat selesai dijalankan.

"Kertas siasatan berhubung kes berkenaan sudah selesai dan kini sedang menunggu arahan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Terdahulu, pada 11 April lalu, polis menyelamatkan kedua-dua wanita terbabit yang berusia 20 dan 37 tahun yang dikurung di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Sebelum ini, suspek berusia 30 tahun direman lima hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana disyaki merogol.

Tempoh reman kemudian disambung dua hari lagi yang berakhir semalam.

Pada masa sama, polis turut mendapatkan perintah perlindungan sementara dari mahkamah terhadap kedua-dua mangsa dan tiga individu lain untuk membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: