Vandalisme punca gangguan elektrik, MBDK minta komuniti bantu pantau

Norfiza (gambar kecil) berkata, pihaknya menerima aduan berulang membabitkan kerosakan sengaja termasuk kecurian pada kemudahan elektrik sehingga menyebabkan gangguan bekalan kepada penduduk.
Norfiza (gambar kecil) berkata, pihaknya menerima aduan berulang membabitkan kerosakan sengaja termasuk kecurian pada kemudahan elektrik sehingga menyebabkan gangguan bekalan kepada penduduk.
A
A
A

KLANG - Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) meminta kerjasama komuniti untuk membantu membendung kegiatan vandalisme terhadap infrastruktur elektrik yang semakin membimbangkan di beberapa kawasan sekitar bandar raya ini.

Pengarah Komunikasi Korporat MBDK, Norfiza Mahfiz berkata, pihaknya menerima aduan berulang membabitkan kerosakan sengaja termasuk kecurian pada kemudahan elektrik sehingga menyebabkan gangguan bekalan kepada penduduk.

Menurutnya, antara lokasi yang merekodkan aduan baharu tahun ini ialah Taman Badrishah, Jalan Temenggung, Sentosa berhampiran KFC, Jalan Remia di Bukit Tinggi membabitkan dua unit serta Taman Klang Ria.

“Perbuatan ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan harta benda awam, malah menjejaskan kehidupan harian penduduk berikutan gangguan terhadap sistem bekalan elektrik.

“Sehubungan itu, MBDK memerlukan penglibatan aktif komuniti untuk segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan atau kejadian vandalisme kepada pihak polis atau menerusi talian aduan rasmi MBDK,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Norfiza berkata, beberapa lokasi lain turut mempunyai rekod kes sama sepanjang tahun lalu antaranya Persiaran Impian, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bukit Tinggi, Jalan Kasuarina 2, Jalan Resak, Jalan Kasuarina 8 dan Jalan Kasuarina 12.

MBDK meminta kerjasama komuniti untuk membantu membendung kegiatan vandalisme terhadap infrastruktur elektrik yang semakin membimbangkan di beberapa kawasan sekitar bandar raya ini.
MBDK meminta kerjasama komuniti untuk membantu membendung kegiatan vandalisme terhadap infrastruktur elektrik yang semakin membimbangkan di beberapa kawasan sekitar bandar raya ini.

"Turut terlibat ialah Jalan Selampit 29 dan Lorong Seruling 59," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau menggalakkan persatuan penduduk di kawasan terlibat mengaktifkan pelan keselamatan komuniti masing-masing termasuk melaksanakan rondaan menerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS) atau Rukun Tetangga.

Katanya, kerjasama erat antara komuniti dan pihak berkuasa penting bagi meningkatkan pemantauan sekali gus mengekang kegiatan vandalisme serta jenayah berkaitan daripada terus berleluasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!