Houthi mara, Selat Bab el-Mandeb terancam

Kemaraan Houthi boleh meningkatkan risiko gangguan terhadap salah satu laluan perdagangan dan tenaga paling penting dunia.
Kemaraan Houthi boleh meningkatkan risiko gangguan terhadap salah satu laluan perdagangan dan tenaga paling penting dunia.
A
A
A

DUBAI - Kemaraan pantas kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yemen kini meningkatkan ancaman terhadap Selat Bab el-Mandeb, laluan perkapalan penting yang menghubungkan Laut Merah dengan Teluk Aden.

Reuters melaporkan, pasukan Houthi mara ke selatan sepanjang pantai Laut Merah Yemen dan pada Jumaat mencapai Pulau Perim yang terletak di tengah-tengah Selat Bab el-Mandeb.

Perkembangan itu mengukuhkan kedudukan strategik Houthi di laluan perkapalan berkenaan ketika perang antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran memasuki bulan ketujuh.

Kemaraan berkenaan turut menimbulkan cabaran strategik baharu kepada Presiden AS, Donald Trump kerana gangguan terhadap Bab el-Mandeb berpotensi menjejaskan perdagangan serta bekalan minyak global.

Bab el-Mandeb merupakan laluan penting bagi perkapalan antarabangsa, termasuk penghantaran minyak dan komoditi antara Asia dan Eropah melalui Terusan Suez.

Reuters melaporkan, perkembangan itu turut memberi tekanan kepada Arab Saudi kerana negara berkenaan bergantung kepada laluan Laut Merah bagi sebahagian eksport minyaknya ketika Selat Hormuz berdepan gangguan akibat konflik di rantau berkenaan.

Situasi itu meletakkan AS dalam kedudukan sukar kerana campur tangan ketenteraan secara langsung terhadap Houthi berisiko membuka satu lagi medan konflik ketika Washington berdepan perang dengan Iran.

Pada masa sama, kegagalan menangani kemaraan Houthi boleh meningkatkan risiko gangguan terhadap salah satu laluan perdagangan dan tenaga paling penting dunia.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!