10 pemimpin dunia dengan gaji tertinggi

GAJI pemimpin dunia yang diterima berbeza mengikut sistem pentadbiran, tanggungjawab jawatan serta struktur gaji dan imbuhan sesebuah negara.
Berdasarkan data dari PoliticalSalaries.com, Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong menduduki tangga teratas untuk tahun 2026.
Perbandingan tersebut merangkumi ketua kerajaan dan pemimpin eksekutif berdasarkan pendapatan tahunan, namun tidak mengambil kira kemudahan lain seperti kediaman rasmi, kawalan keselamatan dan pencen.
1. Lawrence Wong – Singapura
- Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong menduduki tangga teratas selepas gaji tahunannya dinaikkan 64 peratus daripada S$2.2 (RM7.07 juta) kepada S$3.6 juta (RM11.56 juta).
- Kenaikan itu berkuat kuasa pada 15 Oktober 2026 dan menjadikan Wong pemimpin politik dengan gaji tertinggi di dunia.
2. John Lee – Hong Kong

- Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee Ka-chiu berada di kedudukan kedua dengan pendapatan tahunan kira-kira AS$719,000 (RM2.9 juta).
- Jumlah itu masih jauh lebih rendah berbanding pakej gaji baharu Perdana Menteri Singapura.
3. Guy Parmelin – Switzerland

- Presiden Switzerland, Guy Parmelin menerima gaji sekitar AS$600,000 (RM2.4 juta) setahun.
- Jawatan Presiden Konfederasi Switzerland mempunyai struktur unik kerana ia digilirkan setiap tahun dalam kalangan tujuh anggota Majlis Persekutuan.
4. Anthony Albanese – Australia

- Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese menerima kira-kira AS$431,000 (RM1.7 juta) setahun.
- Gaji jawatan tertinggi kerajaan Australia itu ditentukan melalui sistem pakej gaji dan imbuhan negara berkenaan.
5. Donald Trump – Amerika Syarikat

- Presiden AS, Donald Trump menerima gaji rasmi sebanyak AS$400,000 (RM1.6 juta) setahun.
- Jumlah gaji bagi jawatan Presiden AS itu tidak berubah sejak 2001.
6. Friedrich Merz – Jerman

- Canselor Jerman, Friedrich Merz berada di tempat keenam dengan pendapatan tahunan sekitar AS$366,000 (RM1.4 juta) berdasarkan perbandingan tersebut.
- Beliau mengetuai kerajaan Jerman yang merupakan ekonomi terbesar di Eropah.
7. Christian Stocker – Austria

- Canselor Austria, Christian Stocker menerima kira-kira AS$326,000 (RM1.3 juta ) setahun.
- Jumlah itu meletakkannya antara ketua kerajaan Eropah dengan pendapatan tahunan tertinggi.
8. Mark Carney – Kanada

- Perdana Menteri Kanada, Mark Carney berada di tangga kelapan dengan pendapatan sekitar AS$315,000 (RM1.28 juta) setahun.
- Pendapatan jawatan itu merangkumi gaji sebagai anggota Parlimen serta bayaran tambahan bagi tugas sebagai Perdana Menteri.
9. Mette Frederiksen – Denmark

- Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen menerima kira-kira AS$309,000 (RM1.25 juta) setahun.
- Jumlah tersebut menempatkannya di kedudukan kesembilan dalam perbandingan gaji pemimpin politik dunia.
10. Bart De Wever - Belgium

- Perdana Menteri Belgium, Bart De Wever melengkapkan senarai 10 teratas dengan pendapatan tahunan sekitar AS$307,000 (RM1.24 juta).
- Beliau berada hanya sedikit di belakang Frederiksen dalam perbandingan tersebut.
Foto: AFP
Sumber:PoliticalSalaries.com
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
