Tersilap makan makanan orang lain

Soalan
Dalam satu trip memancing, saya tersalah makan makanan yang dibawa pemancing lain. Apakah perlu saya lakukan?
Jawapan
Dalam Islam, perkara ini berkaitan dengan hak milik orang lain. Jika makanan itu memang milik orang tertentu dan kita memakannya tanpa keizinan pemilik makanan, sebaik-baiknya lakukan perkara berikut:
1 - Akui kesilapan dan jangan cuba menyembunyikannya jika tahu makanan itu milik siapa.
2 - Minta maaf kepada pemilik dan minta halalkan makanan tersebut.
3 - Jika pemilik tidak menghalalkan, gantikan makanan itu dengan makanan yang sama atau bayar nilainya.
4 - Jika pemilik kemudian menghalalkan, maka selesai haknya dan tidak perlu menggantikannya.
Jika kita benar-benar tidak tahu makanan itu milik orang lain ketika mengambilnya, maka tidak berdosa kerana kesilapan yang tidak disengajakan. Namun, selepas mengetahuinya, eloklah meminta maaf dan mendapatkan kemaafan daripada pemilik dan menggantikannya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

