The Baker's Son raih sijil halal Jakim

PETER TAN (dua dari kanan) bersama Hanisofian (empat dari kanan) ketika meraikan kejayaan mendapatkan sijil halal daripada Jakim baru-baru ini.
PETER TAN (dua dari kanan) bersama Hanisofian (empat dari kanan) ketika meraikan kejayaan mendapatkan sijil halal daripada Jakim baru-baru ini.
A
A
A

JENAMA bakeri tempatan, The Baker’s Son melakar pencapaian baru dalam penubuhannnya apabila dapur berpusatnya menerima Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini.

Ketua Bakeri The Baker's Son, Peter Tan berkata, pensijilan itu sekali gus memperkukuh komitmen jenama berkenaan terhadap aspek halal selain kualiti, kebersihan, keselamatan makanan dan keyakinan pengguna.

Menurutnya, lebih membanggakan apabila proses untuk mendapatkan sijil halal berkenaan dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat iaitu kira-kira sembilan bulan.

"Proses mendapatkan sijil halal yang mengambil masa selama sembilan bulan mencerminkan usaha pasukan The Baker’s Son dalam memastikan keperluan dan standard Halal yang ditetapkan berjaya dipenuhi merangkumi segenap operasi dapur berpusat.

"Dapur berpusat membekalkan produk bakeri yang segar kepada lebih daripada 60 cawangan di seluruh Malaysia, menjadikan pensijilan ini satu langkah penting dalam memperkukuhkan jaminan halal seluruh rangkaian The Baker’s Son," katanya.

Tambahnya, beliau sendiri sejak kecil melihat semangat dan dedikasi yang dicurahkan bapanya dalam bidang pembuatan roti dan pastri.

"Apabila saya menubuhkan The Baker’s Son pada tahun 2009, saya ingin meneruskan semangat yang sama.

KEJAYAAN mendapatkan sijil halal mewakili hasil usaha semua yang membantu The Baker's Son. - Peter Tan
KEJAYAAN mendapatkan sijil halal mewakili hasil usaha semua yang membantu The Baker's Son. - Peter Tan

Artikel Berkaitan:

"Penerimaan sijil halal rasmi ini merupakan satu pencapaian yang amat bermakna kerana ia bukan sahaja mencerminkan sejauh mana jenama ini telah berkembang, tetapi juga mewakili hasil usaha bersama semua yang membantu menjayakan perjalanan ini,” jelasnya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Halal Development Corporation Berhad (HDC), Hanisofian Alias berkata, pensijilan halal bukan sekadar berkaitan bahan yang digunakan, sebaliknya melibatkan sistem menyeluruh dalam operasi sesebuah perniagaan.

“Halal bukan sekadar berkaitan dengan bahan-bahan yang digunakan dalam sesuatu produk. Ia merangkumi sistem yang kukuh bagi memastikan keperluan halal dipelihara sepanjang keseluruhan operasi perniagaan.

“HDC berbesar hati dapat menyokong The Baker’s Son sepanjang proses pensijilan halalnya dengan memberikan panduan dan bantuan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap piawaian halal,” katanya.

Ujarnya, proses pensijilan halal melibatkan penelitian terhadap pelbagai aspek termasuk sumber dan pengesahan bahan mentah, keperluan pembekal, proses pengeluaran, kebersihan dan sanitasi, keselamatan makanan, dokumentasi serta pematuhan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!