Seluar bergesel dengan anjing, perlukah ia disertu?

JIKA tiada perpindahan najis dan kering, tidak wajib untuk sertu.
JIKA tiada perpindahan najis dan kering, tidak wajib untuk sertu.
A
A
A

Soalan

Saya bekerja sebagai penghantar barang dan ada ketika anjing datang menggeselkan badannya di seluar saya. Apakah wajib basuh atau sertu seluar saya yang terkena anjing itu?

Jawapan

Dalam mazhab Syafie yang menjadi pegangan umum di Malaysia, tidak wajib sertu hanya kerana seluar bergesel dengan anjing. Hukumnya bergantung kepada keadaan ketika geseran itu berlaku.

1 – Jika anjing dan seluar kering

Jika kedua-duanya kering, kemudian seluar tersentuh atau bergesel dengan anjing, tidak berlaku perpindahan najis secara zahir. Maka tidak wajib sertu seluar tersebut.

2 – Jika salah satu atau kedua-duanya basah

Jika terdapat kelembapan pada badan anjing, seluar atau kedua-duanya sehingga berlaku perpindahan najis, maka bahagian seluar yang terkena itu dihukum terkena najis mughallazah (berat).

Dalam keadaan ini, menurut mazhab Syafie, wajib disertu dengan tujuh kali basuhan iaitu enam kali air mutlak dan salah satu daripada tujuh basuhan itu air yang bercampur dengan tanah.

Artikel Berkaitan:

3 – Jika tidak pasti berlaku perpindahan najis

Jika hanya syak, sebagai contoh tidak tahu anjing itu basah atau kering atau tidak pasti sama ada terdapat najis yang berpindah, maka jangan menghukum berdasarkan keraguan semata-mata.

Prinsipnya ialah keyakinan tidak hilang dengan syak. Seluar kekal dihukum suci sehingga ada kepastian atau sangkaan yang kuat berdasarkan keadaan yang jelas bahawa najis telah berpindah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!