Dua lelaki samun pasar raya diberkas

Rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian tular di laman sosial.
Rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian tular di laman sosial.
A
A
A

GOMBAK - Polis memberkas dua lelaki dipercayai terlibat dalam kes samun sebuah pasar raya di Komersial Sentral, Rawang Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arfai Tarawe berkata, kedua-dua suspek berusia 30 dan 35 tahun itu ditahan secara berasingan oleh sepasukan polis berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Bersatu dan di Batu 16 Rawang semalam.

“Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berhubung kes dadah.

"Dalam operasi ini, kita telah merampas wang tunai dipercayai hasil samun kira-kira RM2,000, pakaian dan motosikal yang digunakan suspek dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 2 petang, seorang lelaki yang memakai topi keledar dan topeng muka serta bersenjatakan parang telah mengambil wang tunai kira-kira RM7,000 sebelum melarikan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395, 397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta 342.

Artikel Berkaitan: