Ibu, dua anak lelaki maut dalam kebakaran rumah

Tiga beranak ditemukan maut selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah
Tiga beranak ditemukan maut selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah
A
A
A

KLUANG - Tiga beranak ditemukan maut selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Titiwangsa di sini pada malam Rabu.

Dalam kejadian dilaporkan jam 10.44 malam itu, mangsa, Noraini Ibrahim, 49, bersama dua anak lelakinya, Khairul Nurhaziq Khairul Nizam, 18, dan Khairul Nurhadiff, 11, ditemukan dalam sebuah bilik.

Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Fauzi Md Nor berkata, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dikejarkan ke lokasi.

Keadaan bilik yang musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di Taman Titiwangsa, Kluang.
Keadaan bilik yang musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di Taman Titiwangsa, Kluang.

Menurutnya, jentera pertama tiba di lokasi jam 10.49 malam dan segera melakukan operasi pemadaman.

Tiga beranak ditemukan maut dalam sebuah bilik yang terbakar di Kluang.
Tiga beranak ditemukan maut dalam sebuah bilik yang terbakar di Kluang.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di situ, sebuah rumah teres dua tingkat sedang terbakar dengan kemusnahan dianggarkan 50 peratus.

Artikel Berkaitan:

“Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Rumah teres dua tingkat musnah 50 peratus.
Rumah teres dua tingkat musnah 50 peratus.

Beliau berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom untuk tindakan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!