ADUN salur sumbangan kepada mangsa ribut

Azhar (kiri) menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut yang terjejas semalam.
Azhar (kiri) menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut yang terjejas semalam.
A
A
A

AYER HITAM - Sebanyak 20 keluarga di sini yang terjejas akibat dilanda ribut kelmarin menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, Azhar Ibrahim semalam.

Kesemua penduduk terlibat ialah dari Kampung Melele, Kampung Seberang Melele, Kampung Belukar, Kampung Kubang Chenok dan Kampung Putat.

Azhar turut menzahirkan simpati dengan nasib mangsa ribut yang diuji dalam suasana negara sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Ribut yang melanda petang kelmarin telah memusnahkan hampir 20 buah rumah dan surau di sekitar kawasan tersebut.

"Alhamdulillah kami berkesempatan melihat sendiri keadaan rumah mereka dan berharap sumbangan ini dapat mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung oleh mereka," katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu Azhar berkata, sebanyak 1,350 keluarga yang terjejas akibat PKP turut menerima sumbangan setakat ini.

"Sumbangan yang disampaikan itu juga adalah hasil kerjasama dengan beberapa syarikat dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Penerima yang dipilih juga adalah mereka yang betul-betul memerlukan dan belum menerima sumbangan daripada mana-mana pihak," katanya.

Artikel Berkaitan: