GM Klang lancar Port Seni, destinasi kreatif dan budaya baharu

Port Seni menyediakan peluang kepada pelancong tempatan dan antarabangsa untuk meneroka produk buatan tempatan dan karya seni.
Port Seni menyediakan peluang kepada pelancong tempatan dan antarabangsa untuk meneroka produk buatan tempatan dan karya seni.
A
A
A

KLANG - GM Klang melancarkan Port Seni, destinasi kreatif dan budaya baharu yang mengetengahkan bakat seni, hasil kraf dan produk tempatan dari Klang dan Selangor kepada pengunjung dalam dan luar negara.

GM Klang dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, Port Seni mengambil inspirasi daripada Pelabuhan Klang yang menjadi titik pertemuan perdagangan, budaya dan perjalanan, sebelum diterjemahkan dalam konsep destinasi kreatif dan budaya.

Menurut kenyataan itu, Port Seni bukan sekadar tempat persinggahan, sebaliknya menjadi ruang untuk idea, ekspresi seni dan inspirasi berkembang serta memulakan perjalanan baharu.

GM Klang melancarkan Port Seni, destinasi kreatif dan budaya baharu yang mengetengahkan bakat seni, hasil kraf dan produk tempatan dari Klang dan Selangor kepada pengunjung dalam dan luar negara.
GM Klang melancarkan Port Seni, destinasi kreatif dan budaya baharu yang mengetengahkan bakat seni, hasil kraf dan produk tempatan dari Klang dan Selangor kepada pengunjung dalam dan luar negara.

“Kami menghimpunkan seni, budaya, hasil kraf tempatan dan komuniti dalam satu ruang di GM Klang. Port Seni menawarkan perspektif baharu terhadap destinasi pemborongan ini serta peranannya dalam landskap budaya Klang yang terus berkembang.

“Inisiatif ini tercetus hasil inspirasi dan galakan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Puan Chua Yee Ling, yang melihat potensi untuk mewujudkan destinasi khusus bagi membolehkan pengunjung menemukan dan membawa pulang produk tempatan yang autentik, sambil mengenali dengan lebih dekat masyarakat, warisan dan keunikan budaya Klang dan Selangor,” jelas GM Klang.

Menurut kenyataan itu, Port Seni menghimpunkan empat elemen utama iaitu select shop, galeri, kafe yang bakal dibuka dan sudut seni Pulau Ketam.

GM Klang menjelaskan, 'select shop' yang dikendalikan oleh Api House menampilkan produk buatan tangan, hasil artisan dan barangan kraf tempatan, manakala galeri pula menjadi platform untuk artis tempatan mempamerkan karya dan memperkenalkan hasil seni mereka kepada khalayak baharu.

Artikel Berkaitan:

“Pameran sulungnya, Klang Art Harmony, menampilkan 61 karya daripada 30 artis Klang, sekali gus meraikan kepelbagaian gaya, pendekatan dan perspektif kreatif yang mencerminkan komuniti seni tempatan.

“Kafe yang bakal dibuka akan melengkapi pengalaman di Port Seni dengan menyediakan ruang yang selesa untuk pengunjung berehat, berkumpul dan menikmati makanan dan minuman dalam suasana yang dikelilingi seni dan budaya.

Port Seni mengambil inspirasi daripada Pelabuhan Klang yang menjadi titik pertemuan perdagangan, budaya dan perjalanan, sebelum diterjemahkan dalam konsep destinasi kreatif dan budaya.
Port Seni mengambil inspirasi daripada Pelabuhan Klang yang menjadi titik pertemuan perdagangan, budaya dan perjalanan, sebelum diterjemahkan dalam konsep destinasi kreatif dan budaya.

“Elemen terakhir, sudut seni Pulau Ketam, didedikasikan kepada ekspresi seni dan budaya Pulau Ketam. Sudut ini membawa pengunjung mengenali dengan lebih dekat keunikan, kisah dan warisan kreatif salah satu komuniti yang mempunyai identiti tersendiri di Klang,” menurut kenyatan itu.

Sementara itu, GM Klang memberitahu, Port Seni menyediakan peluang kepada pelancong tempatan dan antarabangsa untuk meneroka produk buatan tempatan dan karya seni, pada masa sama, artis dan usahawan kreatif tempatan memperoleh platform untuk memperkenalkan hasil mereka kepada khalayak yang lebih luas.

Menerusi inisiatif itu, GM Klang berharap dapat menyumbang kepada perkembangan pelancongan kreatif di Selangor di samping menyokong artis, artisan dan usahawan kreatif tempatan.

“GM Klang sejak sekian lama dikenali sebagai pusat pemborongan dengan kekuatan utama dalam segmen B2B. Kini, seiring perubahan landskap perniagaan dan gaya hidup masyarakat, kami bergerak ke arah pendekatan B2B2C dengan terus memperkukuh asas pemborongan sambil memperluas pengalaman kepada pengguna.

“Port Seni merupakan salah satu usaha ke arah itu dengan membuka ruang kepada seni, budaya dan kreativiti tempatan untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem GM Klang, sekali gus menghubungkan bakat tempatan dengan khalayak dari Klang, seluruh Malaysia dan luar negara.

Port Seni terletak di Pavilion 5, Blok C, GM Klang, Bandar Botanik, Klang dan dibuka kepada pengunjung untuk meneroka seni, budaya dan produk kreatif tempatan dalam satu ruang.
Port Seni terletak di Pavilion 5, Blok C, GM Klang, Bandar Botanik, Klang dan dibuka kepada pengunjung untuk meneroka seni, budaya dan produk kreatif tempatan dalam satu ruang.

“Pelancaran Port Seni menandakan satu lembaran baharu buat GM Klang dalam memperluas peranannya melangkaui fungsi komersial tradisional di samping meneroka peluang baharu dalam bidang seni, budaya, komuniti dan pelancongan,” menurut kenyataan itu lagi.

Port Seni terletak di Pavilion 5, Blok C, GM Klang, Bandar Botanik, Klang dan dibuka kepada pengunjung untuk meneroka seni, budaya dan produk kreatif tempatan dalam satu ruang.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!