Kelantan tak benar tarawih berjemaah di masjid, surau

Ahmad (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Keselamatan Negeri Khas Negeri Kelantan Bilangan 7 Tahun 2020 di Kompleks Kota Darul Naim.
Ahmad (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Keselamatan Negeri Khas Negeri Kelantan Bilangan 7 Tahun 2020 di Kompleks Kota Darul Naim.
A
A
A

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memutuskan untuk tidak membenarkan solat tarawih berjemah di masjid dan surau sepanjang Ramadan ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, semua pihak perlu menghormati keputusan tersebut demi manfaat bersama dalam usaha meratakan lengkungan bagi menamatkan jangkitan koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, perkembangan terkini berhubung ketetapan itu merupakan masa yang baik oleh setiap Muslim khususnya ketua keluarga untuk menjadi imam di rumah masing-masing.

“Kerajaan minta supaya rakyat membiasakan dengan keadaan ini untuk solat di rumah demi kepentingan nyawa dan kebaikan semua,” katanya kepada media hari ini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Keselamatan Negeri Khas Negeri Kelantan Bilangan 7 Tahun 2020 di Kompleks Kota Darul Naim.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Takiyuddin Hassan dan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin.

Artikel Berkaitan: