MKN keluar garis panduan perhimpunan, aktiviti sukan

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan. - Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengeluarkan garis panduan untuk sebarang perhimpunan awam termasuklah melibatkan aktiviti sukan yang dibenarkan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan nanti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, garis panduan itu akan dikeluarkan atas indikasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"MKN akan tentukan (bentuk perhimpunan atau aktiviti sukan yang dibenarkan), tapi ada indikasi akan diberikan KKM.

"Setakat ini kita belum bincang lagi strategi (untuk benarkan perhimpunan awam atau aktiviti sukan).

"Bagaimanapun, kalau boleh kita elakkan daripada mengadakan perhimpunan awam, selain sentiasa kekalkan penjarakan sosial, kerap membasuh tangan dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada MKN ada menyarankan aktiviti sukan tertentu yang boleh diadakan selepas PKP tamat nanti.

Menjelaskan lebih lanjut, Dr Noor Hisham berkata, usaha yang dilakukan ini termasuklah pelaksanaan PKP adalah bagi mengurangkan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Artikel Berkaitan: