APM Pahang henti serta-merta program, aktiviti libatkan haiwan berbisa

Laporan Sinar Harian pada Ahad berhubung kejadian seorang anggota APM yang meninggal dunia selepas dipatuk ular di Temerloh. Gambar kanan: Che Adam
Laporan Sinar Harian pada Ahad berhubung kejadian seorang anggota APM yang meninggal dunia selepas dipatuk ular di Temerloh. Gambar kanan: Che Adam
A
A
A

KUANTAN - Semua program dan aktiviti demonstrasi atau pertunjukan membabitkan haiwan berbisa dikendalikan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang dihentikan serta-merta buat masa ini.

Pengarahnya, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, keputusan itu susulan kejadian seorang anggota meninggal dunia selepas dipatuk ular di Temerloh pada Ahad lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota APM dipatuk ular ketika demonstrasi

'Tiga kali Allahyarham Muhamad Muazam dipatuk ular, pernah koma' - Kakak

Menurutnya, keputusan menghentikan demonstrasi berkenaan bagi memastikan aspek keselamatan anggota sentiasa diberi keutamaan, terutama dalam aktiviti yang melibatkan haiwan berbisa.

"Ya, buat masa ini kita hentikan serta-merta semua program atau aktiviti berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Allahyarham Sarjan (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, meninggal dunia kira-kira jam 1.50 pagi Ahad lalu ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh selepas lebih 14 jam bertarung nyawa akibat dipatuk ular tedung selar.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi pada Sabtu itu, mangsa dipatuk pada jari tangan kanan ketika melakukan demonstrasi pengendalian reptilia sempena sebuah program di Temerloh.

Che Adam bagaimanapun berkata, operasi APM bagi menangani kes membabitkan haiwan berbisa masih diteruskan seperti biasa.

Artikel Berkaitan:

"Operasi menangani haiwan berbisa masih beroperasi dan masih menggunakan prosedur operasi.standard (SOP) yang sedang berkuat kuasa," katanya.

Bagaimanapun menurutnya, anggota yang ditugaskan dalam operasi berkenaan sentiasa diingatkan supaya lebih berhati-hati dan melaksanakan setiap tindakan mengikut prosedur operasi ditetapkan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!