Sembilan kenderaan terpakai terbakar

Keadaan kenderaan lusuh yang terbakar
Keadaan kenderaan lusuh yang terbakar
A
A
A

IPOH - Sekurang-kurangnya sembilan buah kenderaan terpakai dilaporkan musnah dalam kebakaran di luar premis barang lusuh di Jalan Temenggong, Pasir Putih, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 pagi itu hanya melibatkan kenderaan terpakai yang diletakkan secara bertingkat di luar premis berkenaan.

"Lebih kurang jam 5.27 pagi anggota bertugas di kaunter aduan Balai Polis Pasir Puteh menerima panggilan 'walkie talkie' terdapat kebakaran di Jalan Temenggong, Pasir Putih melibatkan kenderaan terpakai.

"Ketua Balai Polis Pasir Puteh bersama anggotanya kemudian ke lokasi dan mendapati anggota bomba sedang menjalankan kerja-kerja memadamkan kebakaran," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Keadaan kenderaan lusuh yang terbakar
Keadaan kenderaan lusuh yang terbakar

Tambahnya, jarak antara kenderaan terbakar dengan premis perniagaan berkenaan dianggarkan hanya tiga kaki dan dianggarkan sembilan buah kenderaan terpakai terbakar.

"Siasatan awal pihak bomba masih belum mengetahui punca kebakaran dan pihak forensik bomba akan membuat siasatan.

"Kebakaran tersebut tiada melibatkan kemalangan jiwa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Shaharizala Abu Hanifah berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 5.23 pagi dan bergegas ke lokasi.

"Anggota bertungkus-lumus memadamkan kebakaran melibatkan kenderaan lusuh pelbagai jenama menggunakan dua aliran dari salur bantu mula dengan sumber air dari pili bomba hingga dipadamkan sepenuhnya," katanya.