Maut terkena renjatan: Kerja tukar tiang elektrik dihentikan sementara

Laporan Sinar Harian mengenai seorang pekerja maut akibat terkena renjatan elektrik.
Laporan Sinar Harian mengenai seorang pekerja maut akibat terkena renjatan elektrik.
A
A
A

KOTA KINABALU - Semua kerja berkaitan di lokasi pekerja kontraktor maut terkena renjatan elektrik pada Sabtu, di Sandakan, telah dihentikan sementara sehingga siasatan selesai dilakukan.

Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) dalam kenyataan mengesahkan insiden tersebut melibatkan dua pekerja kontraktor ketika kerja-kerja penukaran tiang elektrik berhampiran simpang lampu isyarat menuju ke Taman Mawar.

"Insiden tersebut telah mengakibatkan seorang pekerja kontraktor meninggal dunia manakala seorang lagi mengalami kecederaan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

"Kerjasama penuh sedang diberikan kepada pihak berkuasa berkaitan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

"Semua kerja berkaitan di lokasi kejadian juga telah dihentikan sementara sehingga siasatan selesai dijalankan," katanya pada Ahad.

Menurut kenyataan itu lagi, Sabah Electricity memandang serius kejadian tersebut.

"Sabah Electricity kekal komited memastikan aspek keselamatan sentiasa dititikberatkan oleh semua pihak yang terlibat, termasuk kontraktor, dalam setiap aktiviti kerja dan operasi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!