Trofi pembakar semangat Bayern

Para pemain meraikan kejayaan Bayern menjulang Piala Super Jerman selepas menewaskan tuan rumah, Dortmund 2-1. FOTO: AFP.
Para pemain meraikan kejayaan Bayern menjulang Piala Super Jerman selepas menewaskan tuan rumah, Dortmund 2-1. FOTO: AFP.
A
A
A

BAYERN Munich membuka musim baharu dengan trofi selepas menewaskan musuh tradisi, Borussia Dortmund 2-1 dalam aksi Piala Super Jerman, awal pagi Ahad.

Michael Olise menjadi watak utama kemenangan Bayern apabila menjaringkan satu gol selain membantu Nathaniel Brown membuka jaringan pada minit ke-28, sebelum meledak gol peribadi menuju rehat.

Dortmund cuba bangkit selepas rehat, namun jaringan Fabio Silva pada minit ke-75 belum cukup untuk menafikan kemenangan Bayern.

Pengendali Bayern, Vincent Kompany menyifatkan kemenangan itu sebagai bukti Bayern masih memiliki keinginan untuk terus mendominasi selepas kejayaan besar musim lalu.

"Mungkin ada pihak beranggapan kami akan mengalami kemerosotan kerana memenangi segala-galanya tahun lalu. Namun itu tidak akan berlaku, kami tidak akan berehat dan akan cuba memenangi segala-galanya," katanya.

Kemenangan itu menyaksikan Bayern menjulang trofi tersebut buat kali ke-12 dan kali kedua berturut-turut sejak kejohanan berkenaan dinamakan sempena legenda kelab, Franz Beckenbauer pada tahun 2025.

Dalam pada itu penyerang Bayern, Harry Kane menyifatkan ia satu kemenangan yang cukup hebat untuk memulakan musim.

"Memenangi trofi di tempat lawan, di stadium pesaing kami, tentunya satu permulaan yang sangat baik untuk musim ini," katanya.

Bayern akan menanti kunjungan Vfb Stuttgart di laman sendiri, Arena Allianz dalam saingan Bundesliga pada 29 Ogos ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!