X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 20 Oktober 2021

Kematian di Padang Negara, Kuala Terengganu tiada kaitan Covid-19

Video yang ditularkan Rabu lalu mengaitkan kematian di Padang Negara, Kuala Terengganu dengan Covid-19.
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menafikan satu kes kematian yang berlaku di Jalan Abdul Rahman Limbong, Padang Negara, di sini pada 14 April lalu mempunyai kaitan dengan wabak koronavirus (Covid-19).

Pengarahnya, Dr Nor Azimi Yunus berkata, hasil ujian makmal ke atas mayat berkenaan mendapati negatif virus Covid-19.

"Mangsa meninggal dunia di rumahnya dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada hari yang sama untuk pemeriksaan dan mendapati negatif Covid-19," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini tular video dan maklumat mengenai kematian berkenaan yang dikaitkan dengan Covid-19 itu tular di media sosial sehingga mengundang kerisauan penduduk setempat.

Dr Nor Azizmi menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan diri dan keluarga dengan kekal berada di rumah sepanjang tempoh kawalan pergerakan.

"Orang ramai diingatkan mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi dengan kerap mencuci tangan, mengamalkan penjarakkan sosial dan beretika ketika batuk atau bersin," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!