138 lagi individu ditahan ingkar PKP di Johor

Ayob Khan memantau operasi sekatan jalan raya (SJR) sekitar Johor Bahru, Johor semalam.
Ayob Khan memantau operasi sekatan jalan raya (SJR) sekitar Johor Bahru, Johor semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Masih ramai individu yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun sudah memasuki fasa ketiga apabila seramai 138 ditahan di negeri ini semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, jumlah kumulatif tangkapan keseluruhan terus meningkat kepada 1,954 pada hari hari ke-30 arahan PKP.

Menurutnya, peningkatan itu signifikan terhadap keberkesanan pelaksanaan operasi sekatan jalan raya, rondaan serta pemantauan kawasan yang diwartakan mempunyai gejala pandemik Covid-19.

"Mereka yang ditahan gagal memberi alasan munasabah. Seramai 1,234 individu sudah didakwa di Mahkamah Johor Bahru atas kesalahan ingkar arahan PKP," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anggota polis memeriksa kenderaan dalam Operasi Sekatan Jalan Raya yang dilaksanakan di Johor.
Anggota polis memeriksa kenderaan dalam Operasi Sekatan Jalan Raya yang dilaksanakan di Johor.

Ayob Khan berkata, kesemua tangkapan disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 186, Seksyen 270 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Jelasnya, selain itu juga mereka disiasat mengikut Peraturan (3) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

"Mereka juga boleh disabitkan di bawah Peraturan 11 Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1,000," katanya.

Artikel Berkaitan: