Liverpool seharusnya juara EPL

DIOGO JOTA. Foto: goal.com
DIOGO JOTA. Foto: goal.com
A
A
A

Pemain Wolverhampton Wanderers, Diogo Jota menyifatkan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool berhak dan seharusnya dinobatkan selaku juara EPL musim 2019/2020 sekiranya saingan liga berkenaan dihentikan berikutan pandemik Covid-19 ketika ini.

Jota berkata, skuad The Reds itu hanya dipisahkan dengan hanya dua kemenangan untuk mendakap trofi EPL dan seterusnya menamatkan penantian selama 30 tahun mereka.

Malah menurutnya bintang Portugal itu, skuad kendalian Jurgen Klopp kini berada pada kelebihan 25 mata berbanding pencabar terdekat, Manchester City yang berada pada kedudukan kedua EPL ketika ini.

"Keadaan berkenaan sudah cukup untuk menganugerahkan Liverpool kejuaraan EPL musim ini. Ini ditambah dengan kualiti bola sepak yang ditunjukkan mereka sepanjang musim ini yang menjadikan mereka (Liverpool) juara sebenar.

"Jika saingan musim ini tidak dapat dimuktamadkan, saya rasa ada orang yang akan mengusulkan perkara ini (Liverpool juara EPL). Sudah tentu, ada pasukan yang akan menentang perkara ini tetapi saya rasa 95 peratus orang akan bersetuju Liverpool adalah juara EPL.

"Biarpun musim ini kami tewas kepada Liverpool dalam kedua-dua pertemuan, saya merasakan Liverpool pasukan yang kuat selain memiliki sedikit tuah untuk bergelar juara," katanya.

Untuk rekod ramai pihak termasuk bekas pemainnya, Ronnie Rosenthal dalam industri bola sepak Inggeris mahu Liverpool diberikan kejuaraan berkenaan sekiranya saingan musim ini terpaksa dihentikan akibat pandemik Covid-19.

Sementara itu, Jota mengakui Liverpool memiliki segala kualiti untuk bergelar juara EPL termasuk dengan aksi menakjubkan yang dipamerkan sepanjang musim.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Liverpool juga dilihat memiliki pasukan yang seimbang dengan pemain yang mampu bertahan dan juga menyerang dengan baik.

"Mereka (Liverpool) adalah sangat menakjubkan musim ini. Mereka telah 'membina' perkara ini sejak beberapa tahun tahun dan kini mereka memiliki segala kualiti yang diperlukan untuk berjaya.

"Oleh itu, samada saingan EPL dihentikan atau tidak, bagi saya, Liverpool adalah pemenang trofi EPL (musim ini)," katanya.