Liverpool boleh cabar kejuaraan EPL

Liverpool telah membawa masuk beberapa pemain seperti Alexis Mac Allister (tengah) untuk memantapkan jentera tengah pasukan. - Foto AFP
Liverpool telah membawa masuk beberapa pemain seperti Alexis Mac Allister (tengah) untuk memantapkan jentera tengah pasukan. - Foto AFP
A
A
A

BEKAS bintang Liverpool, Gary McAllister percaya pasukan itu hanya memerlukan beberapa tambahan pemain baharu untuk mencabar kelompok teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

The Reds mengharungi kempen yang mengecewakan musim lalu apabila menamatkan saingan liga di kedudukan kelima dan gagal mendapatkan slot ke Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak Jurgen Klopp mengemudi Liverpool pada musim 2015-16.

Bagaimanapun, Klopp telah membawa Liverpool menjuarai Liga Juara-Juara pada 2019 dan EPL pada 2020, namun mengalami sedikit kemerosotan prestasi selepas tempoh tersebut.

McAllister percaya kelab itu mampu bangkit, namun perlu merekrut beberapa pemain baharu lagi untuk menambah kualiti dalam pasukan.

"Saya fikir musim lalu, apabila anda mencari sebab mengapa mereka agak ketinggalan di belakang Manchester City, saya fikir akan ada banyak perkara yang anda boleh buat.

"Tetapi, cara kelab menamatkan musim ini dan cara pengurus dan pemain bersatu untuk menamatkan musim dengan sangat baik walaupun terlepas peluang ke Liga Juara-Juara.

"Saya melihat pada pembelian pemain baharu dan melihat beberapa pemain yang telah dikaitkan dengan kami, saya pasti Liverpool boleh mencabar kedudukan teratas liga," katanya.

The Reds telah membeli beberapa pemain tengah selepas kehilangan Jordan Henderson dan James Milner, di samping merekrut Alexis Mac Allister serta Dominik Szoboszlai pada jendela perpindahan musim panas ini.