Covid-19: Sembilan kes baharu di Simpang Renggam

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kes positif Covid-19 di Simpang Renggam, Kluang, Johor yang diletak di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mencatat peningkatan sebanyak sembilan kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan itu menjadikan jumlah kumulatif di kawasan PKPD itu meningkat kepada 210 kes.

“Pertambahan sembilan kes baharu itu melibatkan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid, manakala lain-lain lokaliti kekal sama,” katanya pada sidang media harian berkaitan Covid-19 di sini hari ini.

Hulu Langat pula mencatatkan pertambahan enam kes baharu menjadikan jumlah kes positif meningkat kepada 437.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, setakat hari ini, sebanyak 24,805 sampel ujian Covid-19 diambil daripada kluster kumpulan perhimpunan di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur dan daripada jumlah itu 1,924 positif manakala 20,494 adalah negatif.

Terdapat pertambahan empat kes baharu melibatkan kluster pesakit dalam siasatan (PUI) Bali, empat kes baharu bagi kluster flat di Kampung Baru dan dua kes bagi kluster madrasah di Jerantut, Pahang. - Bernama

Artikel Berkaitan: