Penjual durian sedia khidmat penghantaran ke rumah

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

GEORGETOWN - Penjual durian di Pulau Pinang menawarkan perkhidmatan penghantaran buah itu hingga ke pintu rumah.

Exco Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Yeoh Soon Hin berkata, perkhidmatan tersebut membolehkan peminat raja buah itu untuk menikmatinya tanpa perlu keluar dari rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kebiasaannya ketika musim durian, ramai yang akan ke Balik Pulau dan Seberang Perai untuk menikmati buah durian Pulau Pinang yang amat terkenal juga membawa ramai pelancong ke Pulau Pinang kerana ia salah satu daripada keistimewaan kami.

“Satu daripada kepentingan pelancongan ialah ia menjana pendapatan yang membantu masyarakat tempatan mendapatkan pendapatan. Bagaimanapun ketika PKP, pelancongan dan pendapatan yang dibawanya terjejas juga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Menurutnya, peniaga yang masih belum menyediakan perkhidmatan tersebut digalakkan mempromosikan durian menerusi akaun media sosial dan menyediakan perkhidmatan penghantaran durian untuk pelanggan mereka.

“Menerusi media sosial selaku platform promosi, orang ramai boleh menyokong mereka ketika waktu PKP tanpa perlu mereka keluar rumah dan cara alternatif ini akan dapat membantu memberikan pendapatan kepada rakyat tempatan," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: