MAIS bantu rumah pemulihan Al Riqab

Mohd Zawawi (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah sebuah rumah pemulihan Al Riqab.
Mohd Zawawi (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah sebuah rumah pemulihan Al Riqab.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyampaikan sebanyak 146 set bekalan makanan kering dengan nilai keseluruhan sebanyak RM7,3000 kepada penghuni di dua rumah pemulihan Al Riqab.

Menurut kenyataan MAIS, dua rumah pemulihan itu ialah Rumah Penjagaan Damai dan Madrasah Darussolihin yang kedua-duanya terletak di Jalan Kebun, Shah Alam.⁣

Kenyataan itu memaklumkan bantuan bekalan makanan itu disampaikan dengan anggota MAIS.

"Beliau (Mohd Zawawi) turut meluangkan masa untuk melihat situasi agihan sumbangan dan keadaan penghuni di kedua-dua rumah tersebut.⁣⁣

"Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak MAIS dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (Teras) yang membantu penduduk terjejas terutamanya penghuni rumah penjagaan ini. ⁣⁣

"Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu mereka untuk hidup dengan lebih baik dan selesa," katanya. ⁣

Menurut kenyataan itu, sebanyak 56 set bantuan makanan kering hasil sumbangan Tabung Prihatin Covid-19 MAISll telah diagihkan dengan Rumah Penjagaan Damai dan 90 set lagi untuk Madrasah Darussolihin.⁣⁣

"Orang ramai digalakkan untuk terus menderma di Tabung Prihatin Covid-19 MAIS bagi sama-sama membantu petugas barisan hadapan serta golongan yang masih memerlukan bantuan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kepada mana-mana pihak yang ingin menyumbang boleh terus layari pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php⁣ atau secara pindahan wang ke nombor akaun 12038010134961, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama Majlis Agama Islam Selangor.