250 pelajar tahfiz positif Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 250 pelajar tahfiz daripada 2,697 pelajar tahfiz yang disaring disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 33 kes berbanding semalam sebanyak 217 kes.

"Kita dapati kes membabitkan pelajar tahfiz semakin meningkat," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan tempoh sehingga dua minggu untuk membuat saringan terhadap 9,842 pelajar berkenaan di seluruh negara.

"Mereka yang berada di madrasah kita telah saring, namun kita dapati ada yang telah pulang. Ini yang perlu disaring," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN] - KKM tumpu pengesanan aktif 8,616 pelajar tahfiz

Semalam, beliau berkata, KKM akan memberi tumpuan melakukan saringan terhadap pelajar tahfiz di seluruh negara.

Kementerian juga akan bekerjasama dengan polis dan agensi berkaitan bagi mengesan pelajar berkenaan.

Pada perkembangan sama, Dr Noor Hisham berkata, terdapat kluster yang sudah selesai (tidak mempunyai kes baharu) daripada 28 kluster yang dikenal pasti.

Artikel Berkaitan:

"Kluster itu kita kira kata dah khatam (selesai).

"Kementerian melakukan pemantauan selama 14 hari terhadap kluster yang aktif dan tidak aktif," katanya.