Syarikat beroperasi pada tahap 50 peratus sahaja: Azmin

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika sidang media berkenaan keperluan membenarkan sektor-sektor tambahan beroperasi di bangunan Perdana Putra hari ini.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika sidang media berkenaan keperluan membenarkan sektor-sektor tambahan beroperasi di bangunan Perdana Putra hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hanya membenarkan semua syarikat beroperasi sehingga tahap 50 peratus sahaja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, syarat itu juga perlu dipatuhi industri pembinaan seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

“Syarikat pembinaan perlu mengurangkan bilangan pekerja kepada tahap paling minimum atau tidak melebihi 50 peratus daripada jumlah semasa yang diperlukan.

“Syarikat juga perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam melaksanakan contact tracing pekerja yang telah dijangkiti Covid-19,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, syarikat pembinaan juga perlu menyediakan pengangkutan bagi pergerakan pekerja dengan mengamalkan penjarakan sosial dan kenderaan yang digunakan perlu dinyahcemar kuman sebelum dan selepas digunakan.

“Syarikat mesti memberikan pemahaman dan garis panduan menangani Covid-19 kepada rantaian nilai mereka.

“Sekiranya syarikat menyediakan kemudahan Centralised Labour Quarter (CLQ) untuk pekerja, pihak syarikat perlu memastikan ianya mematuhi Garis Panduan CLQ dan Penginapan Pekerja Binaan Semasa PKP yang dikeluarkan oleh CIDB serta mana-mana agensi yang berkaitan,” katanya.

Menurut Mohamed Azmin, langkah pembukaan operasi syarikat secara berperingkat dengan syarat pematuhan yang ketat dilakukan kerajaan untuk memastikan bekalan makanan, ubat-ubatan dan peralatan perubatan mencukupi.

Artikel Berkaitan:

"Ia juga untuk memastikan beberapa sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan sektor kritikal dapat beroperasi bagi meringankan beban rakyat serta mengurangkan kesan ke atas ekonomi negara," katanya.