532 individu ditahan di Kelantan sejak PKP

Kenderaan di jalan raya di Kelantan sesak walaupun PKP dilanjutkan sehingga 28 April ini.
Kenderaan di jalan raya di Kelantan sesak walaupun PKP dilanjutkan sehingga 28 April ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan telah menahan seramai 532 individu yang ingkar sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara bermula 18 Mac lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, tahap pematuhan rakyat Kelantan terhadap PKP kini adalah 96 peratus tetapi tidak dinafikan masih ada segelintir mereka yang masih ingkar walaupun PKP sudah memasuki fasa ketiga bermula semalam.

"Kali ini polis akan lebih tegas dengan golongan yang sengaja ingkar dengan arahan. Mana-mana individu yang sengaja keluar tanpa sebarang alasan yang kukuh akan terus ditahan.

“Peraturan yang dikenakan ini bukannya untuk menyusahkan orang ramai tetapi bagi menyedarkan masyarakat tentang pentingnya rantaian wabak koronavirus (Covid-19) ini diputuskan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: