KKM guna kit ujian antigen kesan Covid-19

NOOR HISHAM. -Foto: Bernama
NOOR HISHAM. -Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Sampel ujian Covid-19 tidak perlu lagi dihantar ke makmal selepas Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan untuk menggunakan kit ujian pengesanan antigen.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana keputusan ujian saringan menggunakan kit pengesan antigen boleh diperolehi serta-merta.

Menurutnya, kit ujian itu lebih tepat dan cepat berbanding yang digunakan sebelum ini.

"KKM telah menguji kit ujian berkenaan. Kita dapati kit pengesan antigen itu mempunyai ketepatan 100 peratus manakala sensitiviti pada kadar 84.4 peratus," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata, kementerian memerlukan 'bio cabinet' dan kabinet keselamatan bagi tujuan tersebut.

"Itu yang kita perlukan. Ia bermaksud kita tidak perlu lagi menghantar sampel ke 43 makmal," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, KKM dijangka menggunakan kit ujian tersebut minggu hadapan.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 59 juta peralatan perlindungan peribadi (PPE) diperlukan sebulan.

Artikel Berkaitan:

"Kita bekerjasama dengan agensi lain bagaimana untuk memastikan bekalan daripada industri tempatan yang menghasilkan PPE berterusan.

"Ada sebanyak 18 item dalam satu set PPE jadi kita mengawasi penggunaannya," katanya.