Nelayan, jangan panik nampak APMM!

APMM bekerjasama dengan IPD Besut menyerahkan sumbangan kepada nelayan pantai bagi meringankan beban golongan berkenaan selepas terputus mata pencarian ekoran perlaksanaan PKP.
APMM bekerjasama dengan IPD Besut menyerahkan sumbangan kepada nelayan pantai bagi meringankan beban golongan berkenaan selepas terputus mata pencarian ekoran perlaksanaan PKP.
A
A
A

PASIR PUTEH - Golongan nelayan laut dalam digesa supaya tidak panik sekiranya ternampak atau bertembung dengan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika melakukan kerja-kerja menangkap ikan.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kapten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, selain melakukan tugas rutin, kehadiran pasukan berkenaan bertujuan untuk menyampaikan bantuan kepada golongan berkenaan sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 April lalu.

"Saya tahu masyarakat kadang kala risau dengan kehadiran agensi keselamatan negara di sesebuah tempat," katanya ketika program bantuan kepada nelayan pantai yang terjejas anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di sini hari ini.

Penyerahan bantuan itu disempurnakan oleh Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik.

Tanpa berselindung, Muhd Nur Syam Asmawie mendedahkan semasa mengagihkan bantuan barangan keperluan asas kepada kumpulan nelayan di perairan Tumpat anggota terpaksa mengejar sebuah bot nelayan kerana pemilik melarikan diri sejurus melihat kehadiran pasukan berkenaan.

APMM mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk di Pulau Perhentian.
APMM mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk di Pulau Perhentian.

Katanya, kehadiran APMM negeri itu sekadar menyampaikan bantuan.

Muhd Nur Syam Asmawie berkata, bantuan turut diagihkan kepada penduduk yang kurang berkemampuan di sekitar kawasan Pulau Perhentian.

Artikel Berkaitan:

Katanya, jalinan kerjasama ini memperlihatkan hubungan erat antara agensi keselamatan dalam memastikan rantaian Covid-19 berjaya diputuskan dengan sebaik mungkin.

Terdahulu, sumbangan kepada nelayan adalah bagi meringankan beban golongan berkenaan selepas terputus mata pencarian ekoran perlaksanaan PKP dalam usaha memutuskan rantaian wabak koronavirus (Covid-19) yang sedang melanda negara hari ini.