Hishammuddin ziarah Ismail Sabri, doakan segera sembuh

Hishammuddin (kiri) berkongsi detik kunjungan mesra berkenaan di laman Facebooknya pada Khamis.
Hishammuddin (kiri) berkongsi detik kunjungan mesra berkenaan di laman Facebooknya pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meluangkan masa bersama isterinya melawat Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin di kediaman mereka pada Khamis.

Menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya, Hishammuddin berkongsi detik kunjungan mesra berkenaan serta menitipkan doa agar Ahli Parlimen Bera itu diberikan kesembuhan dan kesejahteraan.

"Didoakan semoga segera diberi kesembuhan, dikurniakan kesejahteraan dan dipermudahkan urusan oleh ALLAH SWT. Insya-ALLAH," katanya menerusi hantaran berkenaan.

Hantaran itu turut disertai beberapa keping gambar yang memaparkan suasana santai serta kemesraan antara kedua-dua pemimpin berkenaan semasa pertemuan tersebut.

Sebelum ini, Ismail Sabri dilaporkan pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menerima rawatan susulan masalah kesihatan yang dialaminya.

Beliau turut dijadualkan menjalani prosedur berkaitan perentak jantung (pacemaker) selepas kesihatannya merosot serta dikejarkan ke IJN untuk pemantauan rapi oleh pakar perubatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!