SACC dijenamakan semula sebagai Selangor International Trade Centre

SACC dijenamakan semula sebagai SITC
SACC dijenamakan semula sebagai SITC
A
A
A

SHAH ALAM - Shah Alam Convention Centre (SACC) dijenamakan semula sebagai Selangor International Trade Centre (SITC) sebagai sebahagian daripada pelan pembangunan SA Sentral di Seksyen 14.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memaklumkan, penjenamaan semula itu menandakan evolusi peranan pusat konvensyen berkenaan daripada sebuah lokasi penganjuran acara kepada hab perdagangan dan perniagaan lebih dinamik, berdaya saing serta berorientasikan masa hadapan.

"Menerusi SITC, PKNS berhasrat mewujudkan sebuah platform bersepadu menghimpunkan usahawan, pemain industri, komuniti perniagaan dan pelabur dalam satu ekosistem yang membuka ruang kepada jaringan strategik, kerjasama rentas sempadan, inovasi komersial serta peluang perdagangan dan pelaburan.

“SITC membawa aspirasi untuk menghubungkan perniagaan tempatan dengan pasaran serantau dan antarabangsa, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi serta memperkukuh kedudukan Selangor sebagai destinasi perniagaan dan pelaburan," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Bangunan SITC
Bangunan SITC

PKNS menjelaskan, kedudukan strategik SITC dalam pembangunan SA Sentral turut memperkukuh peranannya sebagai sebahagian daripada ekosistem bandar yang mengintegrasikan komponen perniagaan, komersial, sosial dan komuniti di tengah-tengah Shah Alam.

Menurutnya, usaha peremajaan pusat bandar itu turut melibatkan penjenamaan semula beberapa aset komersial dan komponen lain, khususnya di Seksyen 14.

"Setiap komponen akan diposisikan dengan identiti, karakter dan fungsi tersendiri bagi membentuk jenama SA Sentral yang lebih kukuh, tersusun dan saling melengkapi.

Artikel Berkaitan:

"Transformasi SACC kepada SITC dijangka memperkukuh kedudukan SA Sentral sebagai mercu tanda baharu Shah Alam, selain meningkatkan daya tarikannya sebagai destinasi perniagaan, perdagangan, pelaburan dan aktiviti komuniti.

"Penjenamaan itu bukan sekadar perubahan identiti, sebaliknya mencerminkan visi PKNS untuk memaksimumkan potensi aset strategik serta memperkukuh peranan Shah Alam dan Selangor dalam landskap perdagangan serantau serta antarabangsa," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!