Penjual ikan mengaku salah ugut lelaki dengan pisau

Zawawi (tengah) ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Khamis atas dua kesalahan mengejar seorang lelaki sambil membawa pisau pemotong daging dan memasukkan dadah berbahaya ke dalam tubuhnya.

A
A
A

KUALA TERENGGANU – Tindakan seorang penjual ikan mengejar seorang lelaki sambil membawa pisau pemotong daging membawa padah apabila dia dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Khamis.

Tertuduh, Zawawi Zahid, 55, mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Yusnaliza Mohammad Yusoff.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa mengugut mangsa dengan cara mengejarnya sambil memegang sebilah pisau pemotong daging dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Pasir Panjang, kira-kira jam 4.30 petang pada 9 Ogos lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Dalam prosiding sama, Zawawi turut mengaku bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah berbahaya jenis methamphetamine dan amphetamine ke dalam tubuh badannya.

Zawawi turut mengaku bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah berbahaya jenis methamphetamine dan amphetamine ke dalam tubuh badannya.
Zawawi turut mengaku bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah berbahaya jenis methamphetamine dan amphetamine ke dalam tubuh badannya.

Mengikut kertas pertuduhan, kesalahan itu dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada jam 9.30 malam, 9 Julai 2022.

Bagi kesalahan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 2002) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama.

Artikel Berkaitan:

Zawawi mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Yusnaliza Mohammad Yusoff.
Zawawi mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Yusnaliza Mohammad Yusoff.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin selain mengenakan syarat tambahan supaya tidak mengganggu mangsa serta saksi sepanjang kes berlangsung.

Tarikh 27 Ogos depan ditetapkan untuk sebutan fakta kes dan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Anith Nabilah Rusli manakala tertuduh diwakili Nurul Husna Zukepeli @ Zulkifli dan Nur Jawahir Mohd Zulmajdi dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!