Suami 'angkut' mentua cekup isteri berkhalwat dengan lelaki warga asing

 Seorang wanita memberi alasan bekerja lebih masa (OT) kepada suaminya sebelum dicekup berkhalwat bersama rakan sekerja warga asing di sebuah rumah di sini pada Khamis.
Seorang wanita memberi alasan bekerja lebih masa (OT) kepada suaminya sebelum dicekup berkhalwat bersama rakan sekerja warga asing di sebuah rumah di sini pada Khamis.
A
A
A

KULIM - Seorang wanita memberi alasan bekerja lebih masa (OT) kepada suaminya sebelum dicekup berkhalwat bersama rakan sekerja warga asing di sebuah rumah di sini pada Khamis.

Wanita berusia 27 tahun itu yang mempunyai dua anak berusia enam dan lapan tahun dikatakan bekerja di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech Park, manakala pasangannya, lelaki warga China berusia 39 tahun serta berstatus bujang.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim (PADK), Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, pasangan berkenaan dicekup pegawai masjid dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah dua tingkat di kawasan perumahan di sini, kira-kira jam 12.40 tengah malam.

Ketika disoal siasat, wanita terbabit memberi alasan datang ke rumah sewa pasangannya untuk membantu urusan kerja dalam komputer lelaki berkenaan.
Ketika disoal siasat, wanita terbabit memberi alasan datang ke rumah sewa pasangannya untuk membantu urusan kerja dalam komputer lelaki berkenaan.

"Suami kepada wanita ini dikatakan sudah lama mengesyaki sesuatu yang mencurigakan menyebabkan dia mengekori tindak-tanduk isterinya.

"Isteri pula sering memberi alasan kena buat OT. Semasa tangkapan, suami wanita itu ada sekali membawa ibu bapa mentua," katanya.

Menurutnya, ketika disoal siasat, wanita terbabit memberi alasan datang ke rumah sewa pasangannya untuk membantu urusan kerja dalam komputer lelaki berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, pasangan itu hanya berkomunikasi menggunakan aplikasi alih bahasa melalui telefon pintar kerana lelaki warga China terbabit tidak mahir berbahasa Inggeris.

"Semasa pemeriksaan, pegawai turut mendapati dua lagi lelaki warga China berada di tingkat atas rumah, yang juga merupakan rakan kepada lelaki tersebut," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!