Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama

Ringgit masih berpotensi memperlihatkan prestasi baik hari ini.
Ringgit masih berpotensi memperlihatkan prestasi baik hari ini.
A
A
A

RINGGIT dibuka tinggi berbanding mata wang utama tetapi menyusut berbanding dolar AS pada Khamis dalam keadaan penyederhanaan Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang ditunggu-tunggu.

Pada jam 8 pagi, unit tempatan susut kepada 4.0850/0950 berbanding dolar AS daripada 4.0835/0875 semasa ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, inflasi IHP AS menyederhana kepada 3.4 peratus pada Julai daripada 3.5 peratus pada bulan sebelumnya.

"Bacaan itu sejajar dengan anggaran konsensus. Hasil bon Perbendaharaan AS 10 tahun susut di bawah paras 4.70 peratus, menunjukkan premium inflasi yang menyederhana.

"Hasil bon dua tahun pula rendah satu mata asas kepada 4.20 peratus, sekali gus membayangkan Rizab Persekutuan (Fed) mungkin tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, kebimbangan mengenai pembukaan semula Selat Hormuz masih belum dapat dipastikan dan keadaan ini boleh meningkatkan risiko inflasi.

"Oleh itu, ringgit masih berpotensi memperlihatkan prestasi baik hari ini. Kami menjangkakan ringgit  bergerak dalam lingkungan RM4.07 hingga RM4.09 berbanding dolar AS hari ini," katanya.

Pada pembukaan dagangan, mata wang tempatan menokok berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5637/5701 daripada 2.5655/5682 semasa ditutup pada Rabu, menokok berbanding euro kepada 4.7092/7207 daripada 4.7107/7153 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.5135/5270 daripada 5.5180/5234 sebelumnya.

Artikel Berkaitan:

Mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang serantau.

Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.3418/3791 daripada 12.3488/3665 pada Rabu tetapi susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1912/1992 daripada 3.1905/1941.

Unit tempatan diniagakan dengan mencatat sedikit perubahan berbanding rupiah Indonesia pada 228.5/229.1 daripada 228.4/228.7 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.67/6.69 sebelumnya.- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!