Perbicaraan kes Chegubard ditetapkan 15 hingga 17 Februari tahun depan
12 Ogos 2026 | VIDEO
A
A
A
Mahkamah Sesyen Seremban menetapkan 15 hingga 17 Februari tahun depan sebagai tarikh perbicaraan penuh kes aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin yang didakwa menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan Institusi Diraja Negeri Sembilan di akaun media sosial miliknya, Mei lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim, Tasnim Abu Bakar menetapkan tarikh berkenaan selepas Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah memohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan selepas memaklumkan serahan dokumen telah dibuat.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesaktahasutan #chegubard #Seremban
