Mahkamah tidak benarkan ikat jamin, 'Ibu kutu' sebabkan kerugian RM1 juta dihantar ke penjara

Seorang wanita mengaku salah di Mahkamah Sesyen Alor Setar pada Rabu atas pertuduhan menganjurkan kumpulan wang kutu yang melibatkan 52 peserta tanpa kebenaran membabitkan kerugian lebih RM1 juta.
Seorang wanita mengaku salah di Mahkamah Sesyen Alor Setar pada Rabu atas pertuduhan menganjurkan kumpulan wang kutu yang melibatkan 52 peserta tanpa kebenaran membabitkan kerugian lebih RM1 juta.
A
A
A

ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita dihantar ke Penjara Pokok Sena selepas Mahkamah Sesyen Alor Setar pada Rabu tidak membenarkan jaminan terhadapnya yang mengaku salah menganjurkan kumpulan wang kutu membabitkan 52 peserta tanpa kebenaran.

Tertuduh, Siti Zulaikha Ahmad Sabri, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharmila Abdul Samad.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 September depan untuk sebutan hukuman dan serahan fakta kes.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan seorang peniaga dan beralamat di Kampung Padang Satu, Bukit Kayu Hitam, Changlun, Kubang Pasu didakwa menganjurkan kumpulan wang kutu antara Julai 2025 hingga Julai 2026.

Kumpulan wang kutu berkenaan membabitkan 52 peserta berusia antara 24 hingga 62 tahun yang masing-masing dikehendaki membuat bayaran tunai kepada kumpulan tersebut.

Tertuduh di bawa keluar dari Mahkamah Sesyen Alor Setar pada Rabu.
Tertuduh di bawa keluar dari Mahkamah Sesyen Alor Setar pada Rabu.

ARTIKEL BERKATAN: Suami isteri hilang kes duit kutu direman, disiasat kesalahan menipu

Tiga beranak dilapor hilang sejak 20 Julai

Artikel Berkaitan:

Perbuatan itu didakwa melanggar Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28).

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fahmi Kamaluddin dan Vatchira Wong Rui Fern memohon mahkamah menetapkan jaminan RM100,000 selain mengarahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Pendakwaan memaklumkan permohonan tersebut dibuat berikutan jumlah kerugian yang dialami mangsa dipercayai mencecah kira-kira RM1 juta.

Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan dia kemudiannya ditempatkan di Penjara Pokok Sena sementara menunggu prosiding seterusnya pada 22 September depan.

 Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan dia kemudiannya ditempatkan di Penjara Pokok Sena sementara menunggu prosiding seterusnya pada 22 September depan.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan dia kemudiannya ditempatkan di Penjara Pokok Sena sementara menunggu prosiding seterusnya pada 22 September depan.

Dalam perkembangan berkaitan, tertuduh bersama pasangannya disambung reman selama dua hari di Mahkamah Majistret Alor Setar bermula Rabu bagi membantu siasatan kes sama membabitkan daerah Kota Setar.

Sebelum ini, media melaporkan pasangan suami isteri yang dilaporkan hilang bersama anak mereka sejak 20 Julai lalu ditahan reman selama empat hari selepas menyerah diri bagi membantu siasatan kes penipuan berkaitan wang kutu.

Penahanan itu susulan laporan polis dibuat seorang lelaki berusia 23 tahun yang mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM25,000 dalam urusan wang kutu berkenaan.

ARTIKEL BERKATAN: Suami isteri hilang kes duit kutu direman, disiasat kesalahan menipu

Tiga beranak dilapor hilang sejak 20 Julai

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!