Duda miliki telefon curi didenda RM4,000

Khairul Izham didenda RM4,000 atau empat bulan penjara selepas mengaku salah memiliki sebuah telefon bimbit jenis OPPO yang dicuri daripada jirannya di Mahkamah Majistret di sini hari ini
Khairul Izham didenda RM4,000 atau empat bulan penjara selepas mengaku salah memiliki sebuah telefon bimbit jenis OPPO yang dicuri daripada jirannya di Mahkamah Majistret di sini hari ini
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Seorang duda berusia 37 tahun didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah terhadap pertuduhan memiliki telefon bimbit curi milik jirannya.

Khairul Izham Mohd Alwi dari Pangsapuri Kampung Tiong, di sini, mengaku bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki sebuah telefon bimbit jenama OPPO selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Tertuduh didakwa menyimpan harta curi sebuah telefon berwarna hitam milik jirannya, Norhidayah Rosli, 40, di pangsapuri Kampung Tiong, di sini, jam 4 petang, pada 13 Mac lalu.

Dengan itu, dia didakwa melakukan kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan L Rathna manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mazlan Md Zein.

Mahkamah turut mengarahkan lelaki yang memiliki rekod lampau jenayah sama pada 2006 dihukum empat bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Artikel Berkaitan: